Monday, October 12, 2009

I HAVE DONE!

alhamdulillah..
sebanyak-banyak syukur kita panjatkan kepada ilahi atas nikmat iman dan islam. syukur kerana diberi hidup sehingga saat ini. diberi akal untuk berfikir. diberi sendi dan otot untuk bergerak. diberi matahari, angin, oksigen, hujan, udara untuk hidup. subhanallah...subhanallah..tak terkata banyaknya nikmat yang diberi pada kita. adakah kita menghargai?

setelah sekian lama (2 1/2 bulan mungkin), telah bertungkus lumus menyiapkan cerpen yang tergendela akibat ketandusan idea, malas dan sebagainya..cerpen2 tersebut pun siap. dan saya mendapat pangajaran dari kemalasan serta keputus asaan ini.

ila shohibi..
jangan pernah gagal dari bangkit dalam keputus asaanmu. ini akan membawa kepada kerugian terhadap peluang yang mungkin hadir dalam tempoh itu. ia akan membuatkanmu terkesirin, rawan, hiba dan syahdu akibat perbuatan dan keputus asaanmu sendiri. bangkitlah!!

kini saya telah mengusaikan 4 cerpen:-
1. jilbab ini
2. kehilangan
3. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
4. dia untukku

saya amat berbesar hati seandainya anda ingin membacanya. mungkin ada kekurangan. namun, didalamnya terdapat mesej yang ingin saya sampaikan secara halus dan berseni (ceh!). jika ingin baca salah satu sila beri email melalui comment atau hantar email kepada qatrunnada.hawariyyin@yahoo.com . hak cipta adalah terpelihara. walaupun tiada siapa yang tahu kita mencilok orang lain punya, ia akan disoal kelak di akhirat.

Saturday, September 19, 2009

berakhir sudah ramadhan


takbir bergema lagi
tanda kemenangan dirai
syukur kepada ilahi
masih hidup sehingga kini

namun ramadhan itu
telahpun berlalu
meninggalkan jiwa nan syahdu
bakal bersarang perasaan rindu

mereka yang jauh dimata
kini kembali semula
menyambut lebaran mulia
dengan hati bahagia

berakhir sudah ramadhan
bulan penuh keberkatan
moga kembali dipertemukan
bulan yang sentiasa dinantikan

Friday, September 18, 2009

warkah cinta


pada mulanya aku khuatir,
tuk ayat-ayat cinta beralun di bibir,
bimbang nanti ada tabir
menghalang kita menikmati madu
di atas titian cinta yang aku ketemu

namun bila aku melafazkan
ada perasaan yang tak terungkapkan
meski dahulu atma menafikan
cintaku itu akan bersahutan
nyata aku tidak bertepuk sebelah tangan

lautan cinta aku anyam
sehingga kadang aku tenggelam
bersamamu di gelap malam yang kelam
tak akan ku lalui hari yang suram
bertemankan kekasih cinta tersulam

acapkali aku terleka
datang utusanmu menyedarkan dari lena
kaulah kekasihku,
walau untuk menemuimu
hanya berjalan langkahan kakiku,
berlari dikau pada diriku
sungguh,
sukmaku dipenuhi cintamu
tenang hatiku tiada celaru
bersama sorot cintamu dalam hatiku
oh..Allah

Thursday, September 17, 2009

tangis dlm celaru

mehnah ini kembali,
saat aku sudah melupai,
segala yang pernah aku lalui
yang melanggar hukum ilahi
tangisku hiba
syahdu nadanya
tiada pengubatnya
melainkan kembali padaNYA.

YA ALLAH!!!
ku serahkan segalanya padamu
akanku lakukan sebaik yang ku termampu
moga kau mengubat
tangisku dalam celaru

Tuesday, August 25, 2009

ramadhanku: sketsa terawih


usai solat isya' didirikan
dan doa dipanjatkan
seorang kanak2 mengajukan pertanyaan
pada ibu yang duduk bersebelahan
mengapa orang bangkit semula
hendak solat laksana lakunya
kata ibu yang cerah wajahnya
orang bangkit memunaikan solat sunatnya
si anak bertanya
mengapa solat sunat ditunaikan mereka
kata ibu yang mejelis laksana purnama
menutup lubang solat fardhunya
si anak bingkas bangkit semula
ingin solat sunat katanya
sang ibu menarik tangan anaknya
tak perlu berbuat begitu ibu berkata
si anak menggaru kepala
mengapa, mengapa dan mengapa?
setelah solat terawih aku ditunaikan
hanya 8 rakaat bilangan pilihan
bukan malas tetapi ada perkara yg ingin dilakukan
kulihat anak tadi yang duduk dihadapan
seperti ingin bangkit menambah amalan
si ibu menarik tangan
si anak menurut tanpa merungut
namun kulihat dahinya berkerut
kenapa mesti ibu menghalangi
andai aku ingin beribadah kepada ilahi
pasti persoalan2 ini
bermain di benak anak ini
aku hanya tunak memerhati
ingin ibrah aku perolehi
agar dapat aku kongsi
di ruangan blog ini

*moga allah memberi pahala di atas keinginan anak kecil itu. juga membuka hati si ibu yang hanya duduk dibelakang tanpa melakukan apa-apa sementara menunggu sang suami utk turut memiliki hati nan suci seperti anak kecil itu. justeru, bersyukurlah kita! tiada apa yang menghalangi utk terus beribadah..

ramdhanku: rr-mu ada yg sudah tercapai?


hmm..
pasti kalian mempunyai rr-mu tersendiri. bagaimna?
ada yang sudah tercapai?
ha...rr tu apa?

rr itu merujuk kepada rencana ramadhan. yakni segala perancangan yang kita sudah senaraikan untuk dicapai sepangjang bulan yang berkat ini.

la...takde rr lagi?
tak mengapa. masih boleh dibuat. belum terlambat. jgn risau! ayuh..segera capai pen dan kertas atau tulis sahaja di microsoft word, kemudian print. kenapa perlu ada rr ye?
agar ramadhan yang kita lalui terasa manisnya.
agar ramadhan yang kita tempuhi menjadi medan perubahan
agar ramadhan yang kita tunggu ini tidak berlalu sia2
agar ramadhan yang kita miliki ini indah tidak terkata

hmm...klu dah buat, jgn lupa cuba-secuba2nya utk capai.
klu x..sendiri rugi dan kecewa..
peringatan ini buat penulis juge...hehe:)

RAMADHAN KAREEM!!

Saturday, August 22, 2009

nilai persahabatan

persahabatan,
tak butuh keajaiban
yg ada hak kebersamaan
utk selalu terus berjalan

persahabatan
bukan permainan
bukan sebuah ujian
bukan pula sebuah khayalan

persahabatan
adalah jambatan
sebuah impian
untuk mencapai satu tujuan

nilai persahabatan
selalu berharap semua teman
menemukan kebahagiaan
meski diri terbalut kesedihan

persahabatan
adalah perwujudan
kasih sayang yg terlewatkan
sebuah cinta yg tak terungkapkan

nilai persahaBatan,
akan slalu berbuah keindahan
karena persahabatan
tak akan hilang d makan zaman

Friday, August 7, 2009

sebuah pengharapan

nafasku hidupku adalah milikMu
pasang surut imanku jadi kelemahan
segala upaya telah kulakukan
hanya padaMU aku meminta pertolongan

aku adalah hambaMu yang berdosa
terlepas dari pelukan kasihMu
ampuni aku telah menodai kuasaMU
aku manusia yang lemah

setiap perkataanku adalah janjiku
setiap pandanganku adalah jiwaku
setiap doaku adalah kesusahanku
tapi Kau tak pernah lelah mendengarnya

saat malam menjelang….
kumerenung atas semua tindakan
merenung atas semua ucapan
merenung atas semua kesalahanku

ampuni hambaMU yang berdosa ini
aku takut akan murkaMu
aku hanya ingin jalani hidup dijalanMu
dan penuhi kewajibanku sebelum ajalku

Monday, August 3, 2009

tajamkan!!


di hujung sebuah kampung yang dirahsiakan namanya, terdapat seorang lelaki yang handal menebang pokok sehinggakan ada yang menggelarnya 'Badang'. berita mengenai kehebatan lelaki ini sampai ke telinga seorang pengusaha kebun buah-buahan yang sedang meningkat maju. dia memerlukan seorang lelaki untuk menebang pokok bagi meluaskan kwsn 'jajahan' pokok2 yang bakal ditanamnya. lalu, tanpa berlengah, lelaki ini melamar si badang untuk berkhidmat dengan gaji yang lumayan. tanpa berfikir panjang, si badang pun terus menerima. pada awalnya, dengan gagah dan perkasa dia mampu menebang sehingga 20 pokok sehari. dari hari ke minggu, prestasinya merosot santak akhirnya dia tidak dapat menebang sebatang pokok pun. dia bingung lalu mengeluh "aku sudah tidak layak berkerja dgn tuanku. tenagaku sudah terhad. aku kena minta untuk berhenti dari terus menghampakannya" bisik hati kecil si Badang. lalu, tanpa membiarkan sesaat pun berlalu, dia berjumpa dengan tuannya dan bercerita mengenai prestasinya yang semakin merosot. si tuan kebun berfikir. "kamu asah tidak kapak kamu?" soal si pekebun tiba2. si Badang melirik pada kapak yang sedang dipegangnya seraya menggeleng. "itulah puncanya! kamu mesti mengasah kapak kamu supaya lebih banyak pokok yang kamu tebang" jelas si pekebun semangat. si Badang mengangguk lemah. "dungu sungguh aku. aku hanya merugikan diri aku kerana selama ini membeli kapak baru kerana ketumpulannya. walhal, aku hnya perlu mengasah" bisik hatinya lagi.

-tamat-

dpt gambaran/ pgjran?
dr cerita ni, kita boleh gambarkan seperti diri kita dan ilmu. andai ilmu itu kita hnya tahu utk menggunakan, tapi tak tahu utk top up atau perbaiki, ilmu itu akan tumpul seperti mana tumpulnya kapak si Badang. lagilah rugi jikalau kita menganggap apabila kita sudah tidak mahir kerana ketumpulan ilmu kita, lalu kita membuang ilmu itu lantaran fikiran kita yang menyatakan ilmu itu sudah tidak berguna. jadi, fikirkanlah. bagaimana utk tajamkan ilmu?

Thursday, June 11, 2009

mulakan yang BARU!

usai aku menamatkan bacaanku,
baru ku tahu apa yang harus kulakukan,
pedulikan manusia katakan,
sesuatu yang mampu semangat kau dipatahkan,
mulakan yang baru..
agar gapai citaku bukan khayalan

faham?

Friday, February 20, 2009

pisang dan hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

sumber: http://www.iluvislam.com

Monday, January 26, 2009

selaut memori di gaza..(siri 2)




aku berlari mencari perlindungan. dengan tubuh mungilku ini memudahkan aku menyorok di sebalik ubat-ubatan. tentera yahudi laknatullah itu terus-terusan melepaskan tembakan membuta tuli. alhamdulillah, aku terselamat. dengan kuasa allah, aku tidak dapat dikesan oleh tentera yahudi walaupun mereka melalui betul-betul dihadapan tempatku bersembunyi. namun, panas ku sangka berpanjangan. ternyata ianya meleset. serangan yang diam sebentar tadi kedengaran semula. dentuman bom kurasakan begitu dekat. lalu, aku pun pengsan.




aku dibawa ke hospital. aku dapat mendengar butir bicara cemas para doktor dan jururawat. pastinya hospital ini sesak. tidak lama selepas itu, aku tidak sedarkan diri lagi. setelah 3 hari aku terlantar tidak sedar, aku dapat membuka mata semula. sedarku disambut gembira Fatimah, rakan setugasku yang bercuti pada hari kejadian. seorang doktor perempuan menghampiriku dengan senyuman yang manis. sumayyah, tertera namanya. aku diberitahu mengenai kondisiku. aku pasrah. aku sudah sedia maklum, tugas sebagai sukarelawan tidak pernah mudah. aku cuba menggerakkan tubuhku. hanya tangan dan kaki sebelah kanan sahaja yang masih boleh berfungsi. menurut doktor, ini semua akibat serpihan bom yang mengenai diriku. aku cuba menyentuh wajahku. dulu, hidung mancungku ini tiada cacatnya. kini, ianya penuh dengan lebam dan kesan luka yang menyakitkan. menurut doktor lagi, aku akan dipindahkan ke pusat perlindungan yang bernama baitul sakinah di lubnan atas bantuan sukarelawan lain yang terselamat.




azan subuh berkumandang. mengejutkan aku lantas memutuskan aku dari mimpi. entah mengapa peristiwa yang sudah lama tidak disentuh, hadir dalam mimpiku. benakku mulai tidak sedap.seusai solat subuh, aku beralih melihat kalender. genap setahun peristiwa itu berlalu. genap setahun jugalah aku menetap di baitul sakinah ini. kemudian, aku menonton berita pagi. hatiku berdebar-debar menanti berita terkini. tidak seperti kebiasaan hari. tiba-tiba hatiku pilu.

aku kenal negara itu. 195 orang? ya allah...
27 disember tarikh berdarah tahun ini. negaraku diserang lagi..malah lebih teruk. gaza itu..



duniaku menjadi gelap.

Friday, January 23, 2009

selaut memori di gaza siri 1..(cerpen)

mataku segar lagi.seolah -olah tidak boleh tertutup. jam di dinding menunjuk angka 2. pastinya ahli rumah sakinah ini sudahpun lena diulit mimpi. aku bosan. hanya mampu terbaring merenung kipas siling yang giat berputar. ah! kalaulah aku boleh bergiat aktif seperti kipas itu. memberi jasa kepada orang yang kepanasan.
"jannah, qum ya jannah" ukhti sofiya mengejutkanku. entah bila mataku terlelap, aku sendiri tidak perasan. seusai solat subuh, aku ditolat ke ruang makan. roti dan kari sarapan hari ini. makanan utama dari india itu cukup menjadi kegemaran ramai orang di sini. aku memegang roti. lembut. aku sedih. bagaimana adikku? dapat makankah dia? abi pastinya sudah gembira bersama syuhada' lainnya.aku ingin kembali ke negara asalku!! air mataku yang sedari tadi bergenang mulai mengalir. ukhti sofiya mendekatiku. lantas, menyuakan kepingan roti yang dicarik-carik. aku hanya mampu menelan setelah ditenangkan ukhti sofiya. entah mengapa aku begitu susah menerima nikmat rezeki bagi menggantikan 50% tubuhku yang lumpuh. istighfarku beralun didalam hati. jikalau aku berada di negara asalku, pastinya tugasku tidak jauh berbeza dengan ukhti sofiya. pasti sifat taa'wun begitu menebal dalam dirinya..
walaupun aku masih mampu bertutur, lidahku seakan kelu diminta berbicara menengenai kejadian mac 2008 itu. walhal, begitu ramai wartawan yang datang kepadaku menyakan peristiwa itu. aku hanya dapat menunjukkan kesedihanku dengan air mata yang tidak henti mengalir. hatiku pilu dan begitu terusik. rutin harianku dilalui seperti biasa. solat, makan, tilawah dan pelbagai aktiviti bagi mengisi kekosongan waktu yang ada. malam ini terasa begitu nyaman. kepenatan juga begitu terasa. akhirnya, aku terlelap di akhir kalimah lailahailallah yang menjadi amalanku sebelum tidur.
"jannah!! lari jannah!!" satu suara menusuk gegendang telingaku. stateskopku terjatuh. suasana mulai kucar-kacir. orang-orang lari berkelliaran mencari perlindungan. serangan besar-basaran begini begitu membimbangkan kami. dalam keadaan yang begitu genting, aku terlihat seorang perempuan tua yang layak kupanggail nenek, terkial-kial melarikan diri. aku segera mendekatinya dengan niat untuk membantu. raut wajah yang penuh kedutan yang dihiasi sebuah senyuman mengucapkan terima kasih. tentera-tentera yahudi laknatullah melepaskan tembakan bertalu-talu. peluru buta itu tidak mengenal usia. perempuan tua yang ku papah tadi mulai longlai. akhirnya sujud menembah bumi



*bakal disambung dan dihabiskan dlm siri 2 ..
cetusan idea dr isu semasa..