Monday, January 26, 2009

selaut memori di gaza..(siri 2)




aku berlari mencari perlindungan. dengan tubuh mungilku ini memudahkan aku menyorok di sebalik ubat-ubatan. tentera yahudi laknatullah itu terus-terusan melepaskan tembakan membuta tuli. alhamdulillah, aku terselamat. dengan kuasa allah, aku tidak dapat dikesan oleh tentera yahudi walaupun mereka melalui betul-betul dihadapan tempatku bersembunyi. namun, panas ku sangka berpanjangan. ternyata ianya meleset. serangan yang diam sebentar tadi kedengaran semula. dentuman bom kurasakan begitu dekat. lalu, aku pun pengsan.




aku dibawa ke hospital. aku dapat mendengar butir bicara cemas para doktor dan jururawat. pastinya hospital ini sesak. tidak lama selepas itu, aku tidak sedarkan diri lagi. setelah 3 hari aku terlantar tidak sedar, aku dapat membuka mata semula. sedarku disambut gembira Fatimah, rakan setugasku yang bercuti pada hari kejadian. seorang doktor perempuan menghampiriku dengan senyuman yang manis. sumayyah, tertera namanya. aku diberitahu mengenai kondisiku. aku pasrah. aku sudah sedia maklum, tugas sebagai sukarelawan tidak pernah mudah. aku cuba menggerakkan tubuhku. hanya tangan dan kaki sebelah kanan sahaja yang masih boleh berfungsi. menurut doktor, ini semua akibat serpihan bom yang mengenai diriku. aku cuba menyentuh wajahku. dulu, hidung mancungku ini tiada cacatnya. kini, ianya penuh dengan lebam dan kesan luka yang menyakitkan. menurut doktor lagi, aku akan dipindahkan ke pusat perlindungan yang bernama baitul sakinah di lubnan atas bantuan sukarelawan lain yang terselamat.




azan subuh berkumandang. mengejutkan aku lantas memutuskan aku dari mimpi. entah mengapa peristiwa yang sudah lama tidak disentuh, hadir dalam mimpiku. benakku mulai tidak sedap.seusai solat subuh, aku beralih melihat kalender. genap setahun peristiwa itu berlalu. genap setahun jugalah aku menetap di baitul sakinah ini. kemudian, aku menonton berita pagi. hatiku berdebar-debar menanti berita terkini. tidak seperti kebiasaan hari. tiba-tiba hatiku pilu.

aku kenal negara itu. 195 orang? ya allah...
27 disember tarikh berdarah tahun ini. negaraku diserang lagi..malah lebih teruk. gaza itu..



duniaku menjadi gelap.

1 comment:

Anonymous said...

fuh~ nie post latest ek...
bleh thn.. tros kan usaha