Saturday, April 17, 2010

sebentar ke pasar

semalam....saat matahari berona merah, senja kian merangkak pergi, burung2 pulang ke sarang, kakiku melangkah ke pasar. sekilas, aku terlihat seorang pakcik berbangsa cina yg amat ku kenali santak aku berada di darjah 6. dia masih setia di situ. masih setia menjual kerepek dan makanan ringan. berbekalkan semangat hanya utk mencari sesuap rezeki buat keluarga tercinta. walau tidak sempurna anggota badannya, dia tetap di situ..

hatiku terusik dengan kegigihannya. biar diri x sempurna.... namun usaha diteruskan jua. aku???

aku melangkah pergi dari pasar sebelum maghrib menjelma dgn sebaris doa utk mereka yg sedang mencari nafkah dgn berniaga.."ya allah, murahkan rezeki mereka".

Sunday, March 14, 2010

"kalau allah tu baik..." katanya

Renungan untuk kita bersama.
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak."
(Petikan daripada Blog “Dari Mata Turun Ke Hati“)

Friday, February 12, 2010

Allah sayang awak~

aku pernah beberapa kali terjerat dalam dunia percintaan. ah! remaja. perkara ini seolah-olah perkara biasa. aku juga pernah menjalin hubungan dgn seorang lelaki melalui yahoo messenger. namun, suatu hari rahsia itu terbongkar jua. aku menceritakan pada seorang kakak yg aku bilang, dia mampu menyimpan rahsia itu. kata kakak itu: allah sayang awk!

mengapa pula?

jika allah tak sayang awk, allah x akan bongkarkan. dan awk akan terus buat dosa tuh. awk ingatlah, pahala orang yg menahan nafsu utk buat dosa yg pernah dia buat lebih besar dr org yg tak buat langsung. sbb awk sdg diuji.

aku menghela nafas panjang. mehnah ini sungguh besar ya allah. meski aku sudah tidak melakukannya, tetap ada manusia yg ingin menjatuhkan aku. aku tidak mengaharapkan mereka memahami aku. aku mengharapkan agar allah membuka hati mereka. tuduhan demi tuduhan aku terima, tapi itu tak bermakna aku takguna~

diriku, jadikan mehnah ini kunci syurgamu!